Sebagai Presiden Amerika Syarikat Donald_Trump

Trump menangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45

Pada 20 Januari 2017, Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden oleh Ketua Hakim, John G. Roberts pada majlis pelantikan beliau di Kapitol Amerika Syarikat. Dalam masa sejam pertama beliau sebagai Presiden, beliau menandatangani beberapa perintah eksekutif, termasuk usaha untuk mengurangkan "beban ekonomi" Akta Penjagaan Mampu, juga dikenali sebagai Obamacare. Pada Sabtu hari pelantikan Trump terdapat demonstrasi besar-besaran membantah Trump di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, termasuk Women’s March.

Trump dan Naib Presiden Mike Pence berbincang dengan Setiausaha John F. Kelly tentang pendatang, Januari 2017

Pada hari Sabtu selepas pelantikan Trump, beberapa demontrasi untuk memprotes Trump diadakan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.[31] Pada 23 Januari 2017, Trump menandatangani perintah eksekutif membawa Amerika Syarikat keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, sebuah perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan sebelas negara sekitar Lingkungan Pasifik iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam yang akan mewujudkan satu "zon perdagangan bebas kira-kira 40 peratus daripada ekonomi dunia".[32]

Dua hari kemudian, beliau mengarahkan pembinaan tembok di sempadan Mexico.[33]

Namun begitu Presiden Mexico, Enrique Peña Nieto menjelaskan bahawa mereka enggan membiayai sebarang kos pembinaan tembok sempadan yang dicadangkan oleh Trump.[34] Presiden Trump terus mengkritik negara Mexico atas isu tembok sempadan tersebut.[35]

Pada 27 Januari, suatu perintah menggantung kemasukan pelarian selama 120 hari dan rakyat Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman tidak dibenarkan memasuki negara AS selama 90 hari, memetik kebimbangan keselamatan mengenai keganasan. Kemudian, pentadbiran seolah-olah menterbalikkan sebahagian daripada sebahagian daripada perintah itu, berkesan mengecualikan pengunjung dengan kad hijau.

Pada 30 Januari 2017, Trump memecat Pemangku Peguam Negara, Sally Yates kerana kritikan beliau terhadap penggantungan imigresen Trump. Pada 31 Januari, 2017, Trump mencalonkan Hakim Neil Gorsuch kepada Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menggantikan mendiang Hakim Antonin Scalia.Selepas The Wall Street Journal melaporkan bahawa Penasihat Keselamatan Negara Trump, Michael T. Flynn disiasat oleh ejen kontraintelijen AS untuk komunikasi dengan pegawai-pegawai Rusia. Flynn meletak jawatan pada 13 Februari 2017. Dua hari kemudian pada 15 Februari, calon Setiausaha Buruh Trump Andrew Puzder menarik balik pencalonannya kerana tidak mempunyai sokongan daripada Demokrat atau Republikan untuk mengesahkan pencalonannya.

Trump merupakan presiden Amerika yang pertama melawat Jerusalem, Israel. Trump mengatakan bahawa America merupakan negara berkecuali yang tidak berpihak kepada Palestine dan negara haram Israel yang mengalami konflik Baitulmaqdis iaitu konfrontasi Israel-Palestin, sedangkan Trump mengatakan bahawa Trump sendiri adalah “peminat terbesar Israel” ketika mengadakan “potential negotiation“. Pada 6 Disember 2017, Trump sendiri mengiktirafkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel. Tindakan tersebut mendapat tentangan global seperti PBB, OIC, negara-negara lain seperti Turki, Saudi Arabia, Malaysia dan negara Palestin. Atas kritikan itu, Trump membalas semula dengan menambah bahawa dia akan memulakan proses mendirikan kedutaan A.S. baru di Baitulmaqdis dari Tel Aviv. Tindakan tersebut telah menyebabkan pemberontakan dan mogok penduduk Palestin.

Pada Jumaat 20 Disember 2019 di Pangkalan Andrews, Trump menandatangani S.1790, Akta Kebenaran Pertahanan Negara untuk Tahun Fiskal 2020. Akta ini mengarahkan penubuhan Tentera Angkasa Amerika Syarikat (United States Space Force) sebagai cabang tentera keenam.[36]

Rujukan

WikiPedia: Donald_Trump http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a19573753 http://data.rero.ch/02-A011627556 http://www.bncatalogo.cl/F?func=direct&local_base=... http://genealogy.about.com/od/famous_family_trees/... http://www.astroawani.com/video-dunia/trump-mahu-b... http://bgr.com/2015/06/29/nbc-fires-donald-trump-t... http://www.businessinsider.com/donald-trump-sells-... http://www.businessinsider.com/donald-trumps-epic-... http://www.cbsnews.com/news/donald-trump-avoided-v... http://www.cnn.com/2016/05/03/politics/indiana-pri...